PUSAT PAKAR PERMATA RAOOFAH

Pusat Pakar Permata Raoofah, (PHC) memulakan perkhidmatan sebagai klinik pakar bersalin dan sakit puan, Klinik Raoofah pada tahun 2008. Klinik ini telah dinaik taraf kepada sebuah Pusat Perubatan dan Pusat Bersalin 24 jam pada bulan Mac 2014. Pusat Perubatan ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan perubatan pesakit dan ibu-ibu mengandung yang tinggal di kawasan berhampiran dengan Bandaraya Ipoh seperti Silibin, Jelapang, Meru, Seri Iskandar, Daerah Manjung dan Hilir Perak. Pengunjung dari bandar-bandar berhampiran dan negeri-negeri utara dan selatan pula mempunyai akses mudah ke Pusat Perubatan ini melalui susur keluar Jelapang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan juga melalui Lebuh Raya Ipoh-Lumut.

Pusat Perubatan ini dilengkapi peralatan perubatan canggih yang memberikan khidmat perubatan am, pakar sakit puan, perkhidmatan bersalin dan juga kemudahan untuk pesakit dalaman seperti wad, dewan bersalin dan dewan bedah.

Ia juga menyediakan perkhidmatan pakar untuk bayi dan kanak-kanak (pediatrik) dan khidmat phototerapi untuk bayi.

Selain dari itu, pusat ini juga mempunyai makmal perubatan dalaman yang lengkap dengan peralatan ujian yang moden. Pusat Perubatan ini dimiliki sepenuhnya oleh Permata Healthcare Sdn. Bhd (725681-H).

MASA OPERASI

Pusat Bersalin

Buka 24 Jam Sehari. 7 Hari Seminggu

Klinik Pesakit Luar

Isnin – Sabtu
9:00am – 6:00pm
Ahad
9:00am – 12:00pm

Kesihatan Anda Keutamaan Kami

Menyediakan Penjagaan Kesihatan Secara Menyeluruh Bagi Wanita & Kanak-Kanak