MENGENAI KAMI

PUSAT PAKAR PERMATA RAOOFAH

Pusat Pakar Permata Raoofah, (PHC) memulakan perkhidmatan sebagai klinik pakar bersalin dan sakit puan, Klinik Raoofah pada tahun 2008.

Klinik ini telah dinaik taraf kepada sebuah Pusat Perubatan dan Pusat Bersalin 24 jam pada bulan Mac 2014. Pusat Perubatan ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan perubatan…

VISI

PHC sentiasa konsisten dalam pembaharuan penjagaan kesihatan. Kami sedar akan keperluan dan keinginan pesakit kami dalam mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, persekitaran yang bersih serta penjagaan kesihatan berpatutan dan berkualiti tinggi.

SKOP

Menyediakan penjagaan perubatan kepada pengunjung yang mendapatkan perkhidmatan perubatan di pusat ini.

Memberi rawatan perubatan kepada pesakit/pengunjung pada harga yang berpatutan.

Bertindak sebagai pusat bersalin untuk penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan; memandangkan jarak kawasan pusat perubatan kami adalah dalam lingkungan radius 5 km ke hospital yang terdekat (kerajaan atau hospital swasta).

MISI

PHC komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif, berkualiti, bersesuaian dengan keinginan pesakit dengan harga yang berpatutan.

KASIH SAYANG

Kami menyediakan persekitaran yang penyayang dan kondusif untuk penyembuhan secara fizikal, emosi dan rohani. Kami menghormati keperluan dan keinginan individu serta hak pesakit kami.

KUALITI

Kami percaya kepada kualiti berterusan dalam penjagaan kesihatan dan peningkatan prestasi kerja sebagai asas untuk mengekalkan dan meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan.

Komunikasi dan pendidikan yang berkesan diantara pesakit, doktor, dan kakitangan adalah unsur-unsur penting dalam proses ini.

KOS EFEKTIF

Kami menawarkan rawatan dan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

KEMUDAHAN

BERSAMA KAMI