PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM/WAD

Adakah pusat bersalin dibuka pada hari cuti umum?

Pusat bersalin kami beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun dan dibuka pada semua cuti umum.

Apakah dokumen/barang yang perlu dibawa bersama ketika masuk wad/bersalin?

Dokumen/barang yang perlu dibawa bersama ketika masuk wad/bersalin:

◊ Dokumen Pengenalan Diri Ibu (Kad Pengenalan /Pasport)

◊ Buku Antenatal

◊ Sepasang baju untuk digunakan ketika keluar wad/discharge

◊ Membawa bersama barang-barang keperluan bayi

◊ Sijil Nikah (Salinan, jika ada)

◊ Wang Pendahuluan/Deposit

Kalau nak bersalin di PUSAT PAKAR PERMATA RAOOFAH kena booking dulu ke?

Tidak perlu booking. Insya allah bilik wad adalah mencukupi.

Puan boleh datang terus ke pusat perubatan kami ketika ada tanda nak bersalin/sakit. Wad bersalin DIBUKA 24 jam setiap hari sepanjang tahun.

(Puan juga disarankan utk berjumpa dgn doktor pakar bersalin kami, Dr Raoofah sekurang kurangnya sekali utk konsultasi dan status ibu dan anak dalam kandungan)

Sekarang saya check-up di klinik kesihatan dan berniat untuk bersalin di pusat perubatan puan, boleh tak?

Ya, boleh. Dokumen/barang yang perlu dibawa bersama ketika masuk wad/bersalin:

◊ Dokumen Pengenalan Diri Ibu (Kad Pengenalan /Pasport)

◊ Buku Antenatal

◊ Sepasang baju untuk digunakan ketika keluar wad/discharge

◊ Membawa bersama barang-barang keperluan bayi

◊ Sijil Nikah (Salinan, jika ada)

◊ Wang Pendahuluan/Deposit

Anak saya yang baru lahir ni menunjukkan simtom penyakit kuning (jaundis). Boleh tak anak saya dirawat di PUSAT PAKAR PERMATA RAOOFAH?

Ya, boleh. Pusat perubatan kami lengkap dengan peralatan fototerapi bertujuan untuk merawat sakit kuning (jaundis).

PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR

Adakah klinik dibuka pada hari cuti umum?

Ya, klinik ada dibuka pada hari-hari cuti umum terpilih. Maklumat waktu operasi pada hari cuti umum akan dikemaskini di Facebook dari masa ke semasa.

Apakah waktu operasi klinik pesakit luar?

Waktu operasi Klinik Pesakit Luar (OPD) adalah seperti yang tertera dibawah. Namun pengunjung adalah dinasihatkan untuk membuat pengesahan (update) sebelum pergi ke klinik.

Di klinik ada tak servis suntikan vaksinasi untuk bayi dan kanak-kanak di sana sepertimana yang disyorkan oleh kerajaan?

Ya ada.

Ada servis suntikan vaksinasi untuk orang dewasa seperti vaksinasi umrah, haji dan sebagainya?

Ya ada.

Untuk pemeriksaan/check-up antenatal, adakah saya perlu tetapkan temujanji atau hanya walk-in?

Tidak perlu temu-janji/appointment. Puan boleh datang terus/walk-in ke klinik pesakit luar dan no giliran akan diberikan kepada puan sejurus selepas mendaftar.

Salam..nak tanya untuk sunat bayi perempuan hari apa ya? Bayarannya pula berapa?

Isnin hingga Jumaat- sesi pagi dan petang; Sabtu - Sesi pagi Seeloknya puan call dulu talian 05-5261997 sebelum datang ke klinik pesakit luar utk pengesahan doktor yang melakukan prosedur tersebut bertugas hari/masa tersebut. Cajnya ialah tidak melebihi RM90 (May 2019)

Boleh ke saya beli ubat tanpa jumpa doktor, just nak beli ubat?

Maaf puan, sebarang ubat yang diberi kepada patient perlu preskripsi dari doktor.

Saya nak scan, perlu appointment atau temu-janji ke?

Tidak perlu appointment atau temujanji, boleh datang terus atau walk-in.

Saya nak tanya untuk sunat bayi lelaki hari apa ya? Bayarannya pula berapa?

Untuk sunat bayi lelaki perlu buat temujanji dengan menghubungi klinik ditalian 05-5261997. Cajnya ialah RM190 (May 2019)

Ada perkhidmatan perancang keluarga tak?

Ya, ada.

Pap Smear boleh buat hari ape ya? dan berapa bayaran rawatan?

Caj untuk ujian saringan Pap Smear:

Pap Smear (biasa): RM50

Thin Prep: RM80

Boleh dibuat pada hari Isnin hingga Sabtu.

Salam…saya nak tanya ada tak perkhidmatan cucuk vaksin pneumococcal?

Ya, ada. Ada 2 jenis vaksin pneumococcal, Synflorix dan Prevenar. Utk maklumat mengenai harga dan bilangan dose yg diperlukan utk anak puan, puan boleh call klinik di talian 055261997.

Saya bersalin ditempat lain (buka dipusat perubatan anda). Kalau nak jahit luka bersalin yg terbuka kena buat temujanji atau boleh terus datang ke klinik ?

Tak perlu temujanji. Boleh datang terus ke klinik.

Nak tanya..klau nak scan utk check cyst ada ke?

Ya..ada

Anak saya yang baru lahir nampak kekuningan, boleh check utk jaundis tak? Bagaimana pula dengan perkhidmatan fototerapi utk bayi jaundis?

Ya, boleh check untuk jaundis. Kami juga menawarkan khidmat fototerapi utk bayi jaundis dengan kadar harga yang berpatutan.